RSS

13 April 2011

Kedut?

lama betul tak bebal bebel kat kat sini ek. maklumlah busy la katakan. muahaha. mana tak busynya. opis ni nga buat partition bilik tuk server baru. aku pun kena la turut serta busy juga. kemas sana. kemas sini. kemas situ. kemas sinin. kemas sinun. bapa banyak nak kemas daa. padahal dok tengok je. haha. orang suh galihkan fail ni. aku galihkan. then dok senyap. kang ada orang suh kemaskan kabel2 komputer aku sentuh2 sikit. dah siap kang dok diam lagi. gitu la. hahaha. seronok tak keje aku? =)

masa proses nak buat bilik baru ni , aircond pastinya akan ditutup. maka kepanasan la kami. dok sana, panas. dok sini panas. dok.. eh cukup2la dok ek. last2 aku landing kat surau tuk bertafakur tidur la. disebab hidung aku tersumbat walaupun aku mempunyai lobang hidung yang sangat besar, baring pun tetap tak boleh nak tidur. jap2 pusing kanan. jap2 kang pusing kiri. jap2 kang pusing belakang. eh pusing belakang? camne tu? tak dapat feeling jugak. akhirnya aku membuat keputusan tuk bangun dan melalak makan di tepi sungai. nasib baik tempat praktikal aku belakang ni sungai. angin sempoi sepoi2 bahasa je. 

tapi tak lama lom kehidupan macam tu. 2hari je. haha. sempat lagi berkenalan ngan yang tukang buat bilik ni. alamak! lupa nak tanya nama daa. hehe. nasib baik la dia muda remaja lagi. lau tak siap mintak no phone kot. kahkahkah~! eh jap. salah topik dah aku nih.

sebenarnya aku nak cerita kedut. kedut? pemende tah nak cite sal kedut tah. tak de cerita lain agaknya. yelah sebab tak de cerita lain la aku nak cerita sal kedut. kedut apa? kedut ada banyak kedut. kedut muka, kedut baju, kedut apa2 kedut la. 

mula2 aku cerita sal kedut muka. ramai kan yang tak suka kedut dimuka. ada garis sikit je kang mula la nak cuba produk tu la produk ni la. cucuk sana la. cucuk sini la. nak bagi tegang muka.  itu terpulang la individu masing2 kan. tapi sebenarnya aku bukan nak highlight kan cerita kedut muka ni. aku nak cerita kedut pakaian. penah tak jumpa orang yang langsung tak amik port sal kedutan ni? mestila ada kan. ada orang pantang pakai baju ke, suar ke, tudung ke yang berkedut. nak keluar depan umah je pun. mesti nak iron. tapi tu tak jadi masalah. aku pun suka tengok pakaian orang tu kemas je. tapi lau sampai yang dalam2 pun nak iron tu apa cerita? haish. sapa yang nak tengok tu sayang oi. aduhai la. ok la. aku nak stop kat sini. babai sayang2 semua~~~~~

0 komen-komen: