RSS
Fix_Left

raya dan duit raya

selamat hari raya aidilfitri~~ masih raya lagi kan? dah seminggu raya. banyak rumah tak yang korang dah pergi? banyak dapat duit raya? hoho. masih releven kah duit raya untuk korang? teeheee. 

aku sejak2 dah meningkat usia ni. tak kisah sangat pun dapat ke tak duit raya. tapi lau orang bagi memang suka je. haha. 

raya tahun ni kami sefamily beraya kat umah atok aku kat serom 2. best woo. umah baru la katakan. yang sebenarnya rumah lama jugak. habis solat raya semua berkumpul dan makan. hehe. selepas itu masa untuk sesi fotografi. memandangkan kamera telah di upgradekan, maka sia2 la je la tidak digunakan kan? hoho. hasilnya nah. lihatlah. 
ni la antara family besar belah mak aku. family mak ana n uncle edy je tak de

semua sepupu aku. dua orang je lelaki kan. kami semua masih single mingle. hoho
selesai bergambar. kitroang buat sesi bergambar outdoor plak. banyak kot. tapi kami sepakat memilih gambar ini sebagai photo of the year.
watak utama adalah duit singgit tu.

lepas tu selesai kitorang lepak kat umah atok yang baru tu. seyes syok wo lepak kat umah baru atok. hehehe.

sekian untuk cerita raya kali ini. 

notakaki: reason aku dah lama tak update tidak diketahui. mungkin terlalu sibuk mencari rezeki dibulan puasa hari tu. ditambah pula duduk umah yang takde internet hehe. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen-komen: