dalam kepala otak aku ni, macam2 mende nak buat. semua kononnya nak DIY sendiri.kalau boleh baju pengantin pun nak buat sendiri. tapi aku tak reti nak menjahit bagai. tapi kali ni untuk doorgift aku dah start dari awal dah. aku handle doorgift untuk tetamu VIP sahaja la. VIP tu maksudnya kawan2 aku dan sedara mara yang terdekat. kawan2 adik aku tak dilayan. haha. dorang dapat brontot dari mak aku je la. kalau tak tahu apa itu brontot sila tanya kepada kawan2 yang jawa. teheee
so, untuk permulaan, aku dah start buat keychain. setakat ni dah ada 70 biji. kena kerah adik aku buat lagi 30 biji. oh sebelum terlupa target aku untuk doorgift VIP adalah sebanyak 100. ini dia checklist yang perlu aku buat.
1. kalerkan sepit baju kayu jadi warna purple. (mintak adik jijah buatkan)
2. design sticker untuk dilekatkan kat paper brown bag. (done)
buat yang ringkas sahaja |
3. print, gunting dan tampal sticker ke paper brown bag. (aku buat contoh dan akan mengerah adik2 aku buat) (DONE)
sebelum di gunting. (sekarang mende ni dah siap ditampal ke paper bag) |
4.warnakan doily paper jadi warna merah. (aku dah buat sikit, selebihnya adik aku buat)
asalnya aku nak cari kaler purple. merah pun boleh la |
5. beli paper bag. (done)
6.beli barang2 untuk diisi dalam paper bag. (baru siap keychain, yang lain makanan je. akan dibeli sebulan sebelum kejadian)
setelah semua checklist tu lengkap.baru la boleh tunjukkan hasilnya kan. hehe.
kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.
p/s: 3 bulan lagi.
3 comments:
huyooo dah buat persiapan..wrna ape? huhu
tema masa majlis untuk family warna hijau muda..utk penagantin kene warna lain dari semua...hehe
wahaha...ouh x de la pulak baju hijau..haha akk...follow kite :D hihi
Post a Comment