RSS
Fix_Left

Dimana Dia?

hai semua~~! apa khabar ya? hari ini kamu semua dah mandi belum? dah makan? dah basuh baju? dah kemas rumah? mood hari ini adalah gatal-gatal seluruh badan. sambil taip entry ni pun aku masih menggaru-garu lagi. gatal seh. dah menggerutu dah kulit aku yang dah memang tak licin ni. hoho. 

dimana dia? siapakah yang dimana itu? kamukah? diakah? merekakah? hoho. bukan. ini tiada kaitan dengan manusia. ianya berkaitan dengan benda. benda yang aku maksudkan adalah~~~~~ jeng...jeng...jeng... dimanakah STOKIN aku!!!!! aku dah kesejukan dalam office ni. 

pagi2 masuk office aku dah nampak pintu tu berair-air. berwap-wap. ala yang macam air baru keluar dari peti ais tu. dah macam masuk dalam peti ais dah. cumanya peti ais lagi sejuk. itu sebab la aku memang tak pernah tanggal sweater aku ni. masuk macam ni. balik pun macam ni. maklumlah sebelah ni bilik server. mana boleh panas. 

aku teringat kawan aku cakap. orang jawa takut sejuk. hmmm. aku rasa betul la kot. aku tak boleh sejuk sangat. tapi kadang2 aku suka juga sejuk. 

setelah puas aku cari stokin. aku pun malas nak cari. tak jumpa2. maka. aku bersila sahaja la. sembunyikan kaki disebalik kain. hoho. sambil garu kaki yang memang asyik gatal je beberapa hari ni. orang kata lau tapak tangan kanan gatal nak dapat duit kan. tapi lau tapak kaki kanan yang gatal apa pulak ek? hoho

ok. cukup2 ngadap mende ni. aku nak sambung buat kelija~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen-komen: