RSS

11 March 2011

soley..soley..

hai semua!!!! <---sila baca dengan nada yang ceria..

wah. lama betul aku dah update blog ni. bersawang sawing dah. hoho. memandangkan kat opis hari ni tinggal aku sorang maka aku bebas nak lakukan aksi apa2 pun. muahaha. maka jom kite ber soley2~~. 

teringat masa aku dok umah sewa. roomate aku sampai dah naik berbulu ngan lagu2 yang aku pasang. haha. kenapa ek? yelah sebab aku asyik pasang lagu yang sama je. sampai berjuta2 kali lagu yang sama. haha. maafkan saya penunggu gua. ngeh4. mana taknya. aku lau dah rasa suka kat lagu tu. aku pasang sampai aku puas. muahaha.

skang ni masing2 dah jauh. maka aku pasang lagu sorang2. kasi bernanah telinga dengar. aku sorang je pun yang dengar. haha. semua aktiviti masa bersama2 kawan sudah berlalu. maka, dengan otomatiknya waktu untuk main2 sudah tamat fullstop

sekarang aku kena fokus. untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang aku dah belajar. tiap kali masuk opis aku bukak google. search 'jawatan kosong' . padahal ada lagi 3bulan nak abis praktikal. takpe. pelan2 kayuh. ehehe.  bukan aku je yang cari jawatan kosong. orang2 kat sini pun sama. maka aku la jadi agen pencari keje kat mereka semua. hoho. takpe. aku tak kisah. asalkan line internet tak lembab2 basah. hoho. 

apa intipati aku nak isikan kat dalam entry ni pun aku tak tau senarnye. haha. memandakang perut dah kenyang dengan mee goreng yang lembab dan banyak taugeh tadi. maka tangan aku macam laju je menaip. tapi takde isi yang ilmiah. haha. 

memandangkan esok dah start cuti sekolah. mesti banyak keje kawin yang akan berlangsung. tak lupa juga majlis pertunangan atau apa2 kenduri la. selamat pengantin baru. selamat bertunang dan selamat hari lahir la kepada sapa yang terlibat. ngee. (leh pulak aku ni). aku jugak nak ucapkan selamat bertunang kepada kawan saya yang akan bertunang esok. hehe. cepat2 kawin tau kak. hehehe.

oh nampaknya belum panjang lagi entry ni. tibe3 ternampak ada orang post sal hikayat merong mahawangsa, dengarnye macam best cite ni. aku macam nak tengok jugak. tapi ongkos enggak ada dong. ada sapa2 yang nak derma ikhlas kat aku tak? lepas untuk tengok wayang cukup la. ngeh3.

ok nampaknya saya perlu menamatkan entry ni kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. eh aku ni jap aku..jap saya. ah! peduli la. haha.

jom kite mulakan kerja(padahal dah kul12.time tuk balik).......

p/s: soley2 sampai abis keje~~~

0 komen-komen: