RSS

08 May 2011

Selamat Hari Ibu

hari ini hari ahad. hari ini adalah hari ibu. bulan lima ada banyak "hari ... ". seperti hari pekerja, ahad yang lepas iaitu 1 mei. minggu ni hari ibu. next, hari guru. ketiga2 hari ini adalah melibatkan my mak juga. hehe. so. sempena hari ibu ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada my mak, Rohani Bt A. Rahman.

disini saya ingin mendescribe mengenai mak saya. mak saya berumur 47 tahun *sambil memcongak tahun ni tolak tahun mak lahir* . mak saya merupakan seorang ibu tunggal. mak dilahirkan di kg serom 2, muar johor. anak ketiga kepada atoks saya. hehe. adik beradik mak ada 6 orang. 3 lelaki dan 3 wanita. *releven kah semua ini* . ok  mak saya mempunyai 4 orang anak yang comel2. ehe~ 3 orang gadis dan seorang teruna. 

mak saya seorang yang sangat baik dan selalu mengalah.semua kehendak anak2 mak mesti penuhi. tapi sebelum tu kena dengar bebelan dulu la. ehe~. mak juga seorang yang sangat suka ketawa. tapi itu kalau mood baik. hehe. dulu time aku kecik2. mak ajar aku ngaji. semua anak2 mak, mak sendiri yang ajar ngaji. tapi aku sorang je ngengada nak ngaji ngan orang lain. haha. konon nak ikut kawan2 la. sebab kawan2 semua ngaji ngan orang lain. last2 ngan mak jugak yang best. hehe. mak tak pernah nak marah2. kalau marah pun memang tak jalan. tapi apa yang mak suruh buat semua akan dipatuhi. untuk anak2 perempuan mungkin boleh dengan cara macam tu. tapi tidak untuk anak lelaki. ingat dulu masa aku malas nak sembahyang. mak tak lah marah teruk. entah macam mana saya leh nangis pulak sambil sembahyang dulu. hahaha. sampai sekarang saya takut nak tinggal solat. bukan sebab takut dengan mak. aku solat kerana Allah s.w.t. 

kesimpulannya. saya sayang mak saya kerana mak telah mendidik dan membesarkan kami adik beradik sehingga sekarang tanpa jemu. i love u mak. muah~ ops lupa. mak tak suka orang cium dia. hehehe. 

ini mak saya. saya sayang mak saya. 


p/s: entry ini agak skema kerana tuan belog sememangnya skema. hahahaha. 

0 komen-komen: