RSS
Fix_Left

Pindah Rumah

minggu lepas aku pindah rumah sewa dari Jalan Klang Lama ke Taman Kinrara.

alkisah. proses nak cari rumah sewa bukan main payah wo. semuanya sebab wang. kebanyakan rumah 600 ke atas. dah dapat yg murah suasana pulak tak ok. dah dapat suasana ok, deposit pulak tak ok. dipendekkan cerita. dapat la rumah kat Taman Kinrara Seksyen 1. apartment 5 tingkat. tiada lift. dan rumah kami ditingkat 4.

mula2 pindah tu memang la penat. dengan barang2 lagi. badan lagi. hehe. nasib baik ada encik BF membantu. hohoho. dari rumah lama ke rumah baru dia yang banyak membantu.

cerita pasal rumah aru pulak, memang banyak perbezaan dari rumah lama. penghuni rumah sebelum ni 3orang. sekarang 5orang. dulu kecik sekarang dah besar sikit rumah. dulu tingkat 14 sekarang ni tingkat 4. tapi dulu ada lift sekarang tak ada lift. dulu kawasan tu bising dengan bunyi kereta dan budak2 main. sekarang ni sunyi dan tenang. cuma dulu dekat sangat dengan masjid. sekarang jauh. kena tengok jam la tuk nak tau dah masuk waktu ke belum. dulu parking susah. sekarang parking ok la jugak banding yang dulu. just ok je. still kene berebut juga,cume tanah tu tar cantik la sikit dari yang dulu. dan kawasan rumah baru ada guard. hoho. 'no sticker no entry'.. pendek kata aku puas hati la dengan rumah baru walaupun orang kata rumah kami tu mahal. huhu.

aku dan encik BF dah tak duduk satu blok lagi. walaupun dia di KL aku di Selangor, tapi kami tetap dekat. 5 minit je dah sampai rumah. hoho.

kesimpulannya. ingatlah orang yang tersayang, kikiki..

p/s: macam nak cari keje lain yang menjamin masa depan la.....huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen-komen: