RSS
Fix_Left

Checklist Untuk Majlis Tunang

kami plan 5 dulang balas 7 dulang.  so antara checklist untuk hantaran kami adalah:

dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.

  • kain untuk nikah.
  • sampin & songkok.
  • sirih junjung.
  • kek.
  • gula/coklat @ jajan.
  • buah.
  • bunga rampai/potpuri. 
dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.
  • kain untuk nikah
  • tepak sirih/sirih junjung.
  • cincin.
  • kek.
  • buah.
untuk majlis tunang kami buat simple yang mungkin. bekas2 hantaran pun boleh recycle untuk nikah nanti. maklumlah majlis untuk orang yang pentingkan bajet murah..main recycle2 je. hoho.

kisah mencari cincin:

kitorang konon2 nak pegi survey2 je kat area jalan TAR. bajet cincin murah2 and cantek. sebelum tu aku ada survey and baca2 belog2 B2B jugak. kebanyakan cakap kat area situ dorang cari. so, aku pegi je la. cari punya cari,tak jumpe yang bekenan dihati.huhu.tup2 lain yang dicari lain pulak yang kitorang beli dulu. ternampak SALE kat jakel. aku tarik dia masuk. tengok2 dan belek2 dari tingkat ke tingkat. sampai la ke tingkat tuk baju pengantin. WHOA! dipendekkan cerita beli la set baju laki dan perempuan disitu. end.

eh belom. ini kisah cincin bukan kisah kain. pasal cincin kitorang dah giveup. kitorang pegi masuk ke Semua House. konon2 nak p round2 untuk bekas2 hantaran. dan on the way ke tandas jugak sebenarnya. tengok kanan ada Poh Kong. belek2 dari cermin luar je. aku geleng2. then kitorang teruskan perjalanan. nampak Emas Sri Pinang. try la tengok ada best ke tak. pulak tu tukang layan tu ramah pulak. kitroang pun duduk la belek2 cincin yang ada. banyak jugak pilihan. tapi mahal sikit dari yang kat luar2 tadi. bagi aku masih under bajet la. dia pun kata ok. aku pun ok la. hoho. beli. done. terus terbantut nak pegi tandas. muahaha.

so, sekarang cume nak cari sampin and songkok dia. duit dia dah abis. kali ni duit aku pulak.adoi! plan nak cari kat terengganu. entah la. hoho.

lepas ni aku update lagi. hehe.

p/s: semoga semuanya dipermudahkan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen-komen:

Miss Orahome1 said...

nak tunang dah?? tahniah!!!.. kawen nanti jgn lupa jemput tau.. hehehe

Aziati Zolman said...

insyaAllah..