RSS

17 July 2013

Dah 8 Hari Berpuasa

Salam Ramadhan. sekejap je dah 8 hari kita berpuasa.

Teringat dulu masa kecik2. dalam sebulan tu tak pernahnya nak berpuasa penuh sebulan. ada je yang tak puasanya.

Antara alasan tak nak berpuasa adalah tak sahur. haha. aku le tu.

Tapi bila dah besar ni. kalau tak sahur pun kena teruskan jugak. puasa dibulan Ramadhan kan wajib. rukun islam.

Dulu aku kalau tak puasa aku akan terus terang cakap dengan mak yang aku tak nak puasa.mak pun akan berkata 'Sukahati laaaa...' dan aku pun akan menjadi serba salah untuk tak puasa. hehehe

Mendapat kesedaran untuk berpuasa penuh masa darjah 6. sebab tahun tu kan nak UPSR. hahaha

Makanya, untuk menghidupkan Ramadhan. jom kita memperbanyakkan amalan-amalan dibulan yang mulia ini.

Akhir kata, selamat berpuasa!

p/s: tahun depan puasa dengan encik Suami pulak. InsyaAllah. #gedik pulak rasa.


0 komen-komen: