RSS
Fix_Left

Ujian Saringan HIV

Untuk melengkapkan dokumen2 kawin. kena ada keputusan ujian saringan HIV. so, meh aku kongsi la sikit dari start nak buat appoitnment sampai la ujiannya selesai.

pertama2 sekali. aku cari klinik yang berdekatan dengan rumah. dan aku ada survey2 jugak kat blog2 no telefon untuk membuat temujanji.

boleh rujuk disini ---> senarai klinik klinik di Kuala Lumpur

memandangkan dalam senarai tu yang paling dekat dengan rumah adalah Klinik Petaling Bahagia. aku pun plan la dengan encik Tunang nak pegi walk in je. tapi sebelum tu call dulu untuk nak bertanya apa2 yang patut.

tapi, tak boleh walk in. nak buat appointment by phone pun dia tak terima. maka, kami pun datang la ke klinik tu untuk membuat appointment. satu hari dia terima 5 orang je untuk membuat ujian saringan hiv ni.

so, bila sudah tiba masa appointment tu, kitorang pun datang la. 

mula-mula kena isi borang. borang laki & borang wanita tak sama. dah siap isi semua bagi balik kat kaunter then bayar rm1. proses ni sebab kami tak pernah pegi klinik tu sebelum ni.

dah siap kat kaunter tunggu nombor giliran naik. dia check tekanan darah tinggi, berat, tinggi tuk lengkap borang tu.

pas tu tunggu lagi untuk ujian saringan hiv pulak. bila dah panggil masuk bilik untuk dicucuk jari, duduk diam2. sebab dia nak bagi kaunseling sikit. dia tanya apa yang aku tahu pasal hiv dengan 3 perkara. 1. bagaimana ianya berjangkit. 2. boleh sembuh atau tidak 3. kalau kita disahkan hiv positif, apa tindakan kita. 

so aku pun jawab pung pang pung pang. dan rupanya pengetahuan mengenai hiv sikit sangat. dalam 100% aku cuma betul 20% saje. kihkihkih. dia pun terangkan macam2. adalah dalam 15minit jugak.  dah siap kena kaunseling dia pun cucuk jari aku dan amik beberapa titis darah letak kat alat test itu. sambil tunggu keputusan kita duduk sekejap. dan hasilnya negatif. 

yay! 

pas tu dah siap2 dia tick dalam borang tu aku pun bawak borang keluar dan tunggu nombor giliran untuk jumpa doktor pulak. doktor tu yang akan membuat pengesahan dalam borang tu. dia akan bagi dalam sampul atau dia staple je borang tu macam yang aku dapat. huhu. encik tunang dapat dalam sampul yang cantik. aku punya dia staple je, xde sampul.cis!

pas tu balik dan boleh la buat proses yang seterusnya. hehehe

so, boleh dah kawin. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen-komen:

puteraduyong said...

slamat kawin ye ... ;)