RSS
Fix_Left

Aku Yang Pendiam

sedang aku sibuk2 nga main game farmville kat fesbok. tibe2 ada friend request. benti jap main farmville. then belek gambo. macam xkenal. try klik lak kat nama dia. laaaa. kawan sekolah rendah la beb. lama gile tak dengar cite sal dia. hoho. dulu dia la antara pesaing2 tuk dapat top 5. haha. masa sekolah rendah la. masuk sekolah menangah memang xkan dapat top 10 pun. hahaha. 

skang dia dah jadi misi la. best la kan jadi misi. orang cantik2 jadi misi baru pesakit terus sembuh. betul tak? ngee. tibe2 aku teringat kawan2 sekolah rendah aku. mana korang semua?? bape kerat je yg aku jumpe kat fesbok ni. bile aku kira2 ada dalam 10 je kot. dulu dak2 kelas aku ada bape orang ek? aku pun tak hingat. wahaha. 

kepada rakan sekolah rendah yang tibe2 jumpe blok aku. lau korang rasa korang belajar kar sekolah rendah serom 3 pada tahun 1993 - 1999, meh la add aku kat fesbok, nak lagi best jadi follower aku. ngeee. lama seh tak jumpe korang.

aku dulu pendiam. tak banyak cakap. cakap pun, yang perlu je. tak rajin nak kecoh2 dalam kelas. lau cikgu2 meeting. nama aku xpenah tersenarai dalam nama2 budak bising. aku memang baik gile. bukan nak puji diri sendiri. memang aku senyap kat kelas. lau cikgu tanye soalan kat aku, aku jawab slow je. aku penah dapat title 'mulut ada emas'. sebab tu aku tak penah jadi pengawas. sebab aku tak aktif masa sekolah dulu. aku rajin jugak p library masa sekolah rendah dulu. haha. pinjam buku. aku suka pinjam buka sains yang macam2 ujikaji tu. kulit tebal. aku lau pinjam buku tu memang lama nak pulangkan. pssst, aku penah tak pulangkan buku. dalam baik2 aku pun aku wat jahat2 senyap2. hahaha.

aku rasa lau jumpe balik dak2 sekolah dulu mesti dorang tak caya aku skang dah banyak cakap. cakap tak henti2 lak tu. tapi aku bukan setiap masa banyak cakap. lau orang yang dak kenal n rapat je aku banyak cakap. yang baru2 pun aku kena sopan2 ayam sikit. kena tunjuk la aku ni sebenarnye seorang yang baik serta sopan santun. wey2 jangan salah sangka. aku memang baik la. tak caya tanye kat mak aku. nak nombor tepon mak aku pun aku leh bagi. 

jadi apa kesudahan entry ni? ha tu dia. aku nak btau kat korang la. sebenarnya aku ni masa sekolah rendah pendiam tahap kucing oren la. tapi dah masuk sekolah rendah perangai dah mula berubah. lain kali la cite. pe2 hal pun aku rasa aku macam nak balik sekolah rendah balik la. sebab aku rasa comel masa aku sekolah rendah. muahaha. tenkiu. adios. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen-komen:

HaNTwO said...

ehhh hantwo pun rase comel je dulu masa skolah rendah...dulu hantwo kecik2 beriman tau hehehe...

Aziati Zolman said...

semua comel masa sekolah rendah...kan...

p/s:xleh nak update entry..huhuu