RSS

15 May 2012

The Small World

dunia ni kecik je. pegi mana2 pun masih jumpe orang yang sama. 

dipendekan cerita. sebelum ni aku ada ikut kawan aku pergi shoot gambo orang kawin. ekceli. masa tu orang nikah la. aku datang lambat. so dorang nak shoot kat outdoor dah. kira aku ikut yg outdoor je. indoor dia buat sorang2. masa tu aku keja kerani kat muar. so, sabtu pun keje. balik kul 1. then janji ngan dia lepas balik keje aku rushing pergi ke dia. dalam hati aku macam dah dapat agak hujan. eh. sebenarnya aku balik keja tu pun dah kena hujan. hoho. then cari punya cari umah pengantin aku tak jumpa. padahal dekat je. yang sebenarnya aku yang tak tahu tempatnya. haha. then akhirnya jumpa kat petronas je. dia pickup aku then kitorang plan nak pergi ke kawasan sawah. then dah hampir sampai dah. hujan. tak dapat la aku jumpa pengantin itu. habis.

then, hari ni. aku tergerak nak tengok gambar kawin opismate aku ni. dia tunjukkan kat FB dia. ok aku pun tengok. eh gambo dia. macam pernah kulihat gambar itu. tapi dimana ya? then ada nama Rashid Tumiran. eh macam kawan aku je. aku tanya kak Hawa. rashid ke yang tangkap gambo akak? then dia cakap a'ah. sah. memang kecik dunia ni. aku cam gambar tu sebab ada kat kawasan pokok getah. rashid ada cerita sal pengantin yang merungut sal nyamuk kat kebun getah. akak ni la. 

nampak tak korang? Allah tak temukan kami masa hari nikah akak ni. padahal kami dah dekat dah. tapi kami jumpa kat KL. satu opis pulak tu. patutlah kitorang macam mesra je. orang kampung upenya. haha. aku pun satu. tak penah nak tanya2 akak tu orang mana. eh yang senarnya aku tahu dia orang johor. tapi tak tahu la dia orang Parit Jarum Darat. hahaha. orang bukit gambir upenya. hehehe..

p/s: korang penah tak alami camni? aku teruja.

0 komen-komen: