RSS

13 May 2012

Great!

baru balik dari kampung yang terchinta! hoho. semua ada. great!

jumaat malam aku sampai ke tangkak macam biasa adik ngan mak jemput. kali ni ada tambahan manusia. Yan and Iman. Yan kite tolak ke tepi,watak tak penting. yang penting Iman, rindu la itu budak. terloncat dia dalam kereta. hoho. ini bermakna Mak Ana and anak-anak ada kat umah atok. sampai umah atok je. jumpa Arip, budak yang dah pandai gedik2 dah sekarang ni. dia boleh buat-buat terkejut.'Eh Aji balik?jom main pancing2' haish. budak kecik yang tak padan ngan usianya. sapa ajar kau ha arip. cubit kang. haha. main2 sebarang dua. then mula dah bosan ngan Arip. aku beralih kat Ummi. hoho. comel.kiut.tembam.

aku belikan dia headband beberapa minggu yang lepas. comel
tapi mak ana tak tido umah atok. sekejap je dapat cubit2 pipi ummi. then depa balik umah. tak apa. next time ada lagi.

sabtu pulak. pegi beli barang2 adik. excited punya pasal. siap nak beli baldi sekali. haha. yan cakap. nanti dah nak pegi daftar baru beli la. sekarang ni awal lagi. petang tu pegi ngan mak. cuaca agak panas. mak pulak tak berapa sihat nak berjalan jauh2. tapi mak tetap nak ikut. haish. itu la mak.so, sekejap je la shopping kat bukit gambir tu. tak pa mak. aji tetap sayang mak. lep u. hehe. malam plak kitorang buat plan yang agak mengejut. area kul 630. yan bersuara. perbualan seperti dibawah:

yan: aji,jom tengok average.
aku: average? avengers ke?
yan:err...haha..yelah.
aku: jom.

aku: err..nak btau mak camne ni?
(disebabkan nak tengok wayang kene pegi melaka. so aku macam risau gak kalau tak btau kat mak. malam pulak tu.)

yan: cakap la nak sambung beli barang adik.
aku : ok. dah on the way baru btau mak kite pegi melaka.
yan: set!

adik: errr..ok.

itu la kitorang. bile ada agenda jahat macam ni tahu takut. tapi kalau btau perkara sebenar memang tak dapat la nak tengok. haha. so tengok la kitorang the Avengers yang dah hampir 2minggu tu. eh tapi tetap ramai jugak orang. dipendekkan cerita. kitorang tengok midnite. so sampai umah dalam pukul 3pagi. gila ah!. 

memang mak asyik call aje. adik la jadi mangsa. mak call aku tak dapat, mak call yan tak dapat, mak call adik pun tak dapat. eh, yang sebenarnya bukan tak dapat. bunyi henponnya. cume tak dengar. bising la dalam panggung wayang tu. lagipun khusyuk sangat. haha.

cite tu memang best la. kelakar. aku suka kat Loki. err. kenapa aku suka kat Loki tu ek? entah.hahaha

ok sekian.

p/s: lepas ni tinggal mak ngan atoks je kat kampung. sob..sob..

4 komen-komen:

neena's blog said...

ambo0i~ best giler .

Ichi said...

haaaaaaa...datang Melaka!! nape tak singgah rumah je tido!! ala u nie!!

Aziati Zolman said...

dah malam sangat la kak shida..segan nak datang..ganggu je org nak tido nnti..

Aziani Zolman said...

Yan watak special tau. Hahahahahah~~
v(^_^)v