RSS

05 February 2010

Bekalan

Tibe2 rasa nak post lawak lak kat sini...ehehe...aku dapat dari email aku....sumber dari blog LawakJenaka.com




Disebuah tapak pembinaan sebuah menara yang tertinggi, ketika waktu makan tengahhari, 3 orang pekerja sedang sedang mengomel tentang bekalan makanan masing-masing.


Amat : "nasi putih dengan telor mata lagiiiiii!!!!!, kalau esok aku bawak bekal nasi dengan telor mata lagi, aku akan bunuh diri dengan terjun dari atas menara ini.!!!!!!!!!!!"


Rizal : "Nasi goreng, nasi goreng, nasik goreng lagiiiiii!!!!!!!!!!!, boleh jadi gila aku!!!! kalau besok aku bawa bekal nasi goreng lagi, aku juga akan bunuh diri dengan melompat dari puncak menara ini"


Jejai : Meggi goreng lagiiiiiii???????, setiap hari aku bawak meggi goreng.. Kalau esok aku bawa megi goreng lagi aku juga akan ikut terjun macam kamu berdua!!!!


Keesokkan harinya, ketiga-tiga mereka terjun dari puncak menara kerana Amat masih membawa bekal nasi putih telor mata, Rizal bawa bekal nasi goreng dan Jejai masih bawa bekal Meggi goreng.


Isteri Amat : "Kalaula saya tahu dia sudah tidak mahu makan nasi putih telor mata, sudah tentu saya masak lauk lain"


Isteri Rizal : "Kalaula dia cakap dengan saya yang dia sudah bosan makan nasi goreng, sudah tentu saya juga masak benda lain mengikut kemahuannya"


Isteri Jejai : "Saya masih lagi bingung kenapa suami saya bunuh diri sedangkan diasendiri yang memasak bekalannya"

0 komen-komen: