RSS

07 May 2010

Tips Untuk Orang Bercinta

Dalam percintaan kita juga kadang2 silap…jadi marilah kita sama2 nilai diri kita adakah kita pernah mengucapkan kata2 seperti dibawah di dalam percintaan...

1.       “Awek/pakwe saya dulu tak pernah pun buat macam tu”
-kekasih anda pasti kecewa kerana selalunya perempuan atau lelaki tidak suka dibandingkan dengan kekasih anda yang dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.
2.       “Eh, tak ketat ke baju awak tu? Nampak macam dah gemuk.”
-perempuan benci dikatakan gemuk!Kamu memang sengaja mencari nahas.
3.       “Alamak,lupalah hari ini hari lahir awak”
-hari yang penting kenalah ingat..ish kamu ni tidak perhatin la…
4.       “Ish..jangan la asyik nak marah2 je”
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan si dia memounyai masalah, jadi sedialah membantu.
5.       “Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak”
-kamu memang mengecewakan.
6.       “Awak pergi la shopping sendiri atau dengan kawan awak, saya malas nak ikut”
-kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin meluangkan masa bersama kamu.
7.       Berdebat pertahankan pendapat.
-Janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenagan kamu akan mengundang masam dimukanya.
8.       “Ingat nak ajak awak keluar tapi awak ni bosan la.”
-percayalah hubungan kamu akan putus dengan ayat ini.
9.       “Eh,kawan awak tu boleh tahan jugak ek?”
-ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang malapetaka dalam perhubungan kamu berdua.
10.   “Awak ni kuat membebellah,tu belum kahwin lagi”
-jangan salahkah dirinya..tapi fikirkan kenapa?


Ayat2 diatas diambil dari majalah dara.com keluaran ogos 2009..memang sudah lama la jugak..tiba2 rasa nak kongsi disini..kerana kadang2 aku pun macam tu…wahahaha…selalunya aku buat yang  ke 4..hehehhe…sebab aku tak paham napa dia nak marah2 tak tentu pasal…padahal aku relek je…huhuhu…
Dan memang aku pun kadang2 kuat bebel…tapi si dia tak pernah pun nak paham ape yang aku bebelkan…huh! Memang kesian betul…muahaha…
Ok..sampai sini sahaja lah…harapnya tips ni dapatlah menjadi panduan kita…hehehehe…tak salah pun lau kadang2 kita mengalah bukan?

--ceria2 selalu--

0 komen-komen: