RSS
Fix_Left

Bebel..Bebel..Bebal

bebel dan bebal? dua perkataan yang berbeza dan sudah semestinya maksud juga berbeza. kali ini aku nak bebel mende yang tak ada pekdah. aku nak bebel sampai rasa bebal. memang aku bebal pun. hoho. kenapa aku nak bebel? kerana aku tak boleh tidur lagi. kerana apa? kerana aku minum nescafe yang terlalu pekat yang aku bancuh sendiri tadi. konon2 kebal la minum nescafe pekat mana pun tetap boleh tidur. ni skang dah tak boleh tidur. sape nak jawab ni? esok pagi kelas kul8 pagi. entah boleh bangun ke tak entah. ok la aku cerita la sikit2 ek apa yang terjadi tadi.

tadi area jam 9 aku ke mydin dengan roomate aku. masing2 sombong tak nak cocok duit kat atm. konon dalam dompet duit berkepok2. tup2. dah masuk dalam terpaksa sekat2 pembelian. kerana takut tak cukup duit. kami tibe2 rasa nak beli dapur. haha. dah hampir setahun lebih duduk rumah sewa baru terasa nak beli dapur. hoho. entah apa2 entah la. kitorang beli dapur yang protable tu. harga murah je kot. rm36.90. dengan gas yang kecik tu. 13.00 ada 4. jadi dengan excitednye kitorang pun beli la. duit memang ngam2 je. nasib baik tak beli barang banyak sangat. lau tak mahu kene p atm cocok duit. hehehe.

dah sampai umah. excited betul nak masak. tapi bahan2 tuk masak tak der. haha. gara2 tak cukup duit nak beli. hehe. tapi tak pe. boleh masak meggi. hehe. ape lagi. masak la aku dengan muka yang agak excited teramat sangat. masak sebungkus je. makan 3orang. then aku buat la nescafe. tak sedar terceduk satu sudu nescafe. alamatnye aku pun segar sampai sekrang. takut tak bangun je aku ni esok pagi ni. 

oleh itu. aku terpaksa membebel kat sini. aku pun sebenarnye tak nak membebel panjang. bukan ada orang baca pun. hoho. tapi tak pe. aku memang suka taip panjang2 ni. biar orang tak baca pun tak pe la. hoho. ayat pasrah je kan. ngeh3. 

next week dah masuk bulan Ramadhan. jadi apa persediaan yang dah aku buat? plan nak masak sendiri je sepanjang bulan Ramadhan ni. dapur pun dah ada. tak payah la nak kecoh2 makan luar. makan luar pun lau dah tak de bahan nak masak. kira rumah ni dah hampir lengkap la. cuma tak de mesin basuh je. takpe. takpenting pun mesin basuh. pakai tangan lagi bagus. leh exercise tangan. ngeh3. 

nak bebel apa lagi ni ek? ok la. aku behenti la bebel. aku nak jengah2 blog orang lain la. baca2 apa yang patut. hoho. jom terjah..


p/s: aku rindu seseorang yang aku pasti dia mesti dah lupa tentang aku. aku yakin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen-komen:

suhaisweet said...

Nice one!, friend..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D

badriah said...

ila tggok blog azie la.. best..hehe

Aziati Zolman said...

thanks...ehehehe