RSS
Fix_Left

Saya Sedar Siapa Saya

aku sedar sapa aku. aku adalah insan yang terpinggir. betul. tak caya? try check la. aku dok pinggir2 je ni. hoho.

kenapa aku macam emosional sikit ni? ermm. aku pun tatau. agaknya apa ek perasaan kamu bila orang yang kamu suka mesra dengan orang lain. sedangkan kamu ada disitu dan  tengok je adegan tu. erm. aku memang mudah terasa. sikit. dari kecik tengok orang main je. mungkin kawan ngan aku ni tak best. aku tak banyak cakap. membosankan. 

dipendekan cerita. aku tak suka ada perasaan macam ni. aku mula benci dengan keadaan aku yang hanya mampu tengok dan tak mampu memiliki. aku bukan la jenis yang macam orang lain suka. pandai bercakap dan membuatkan orang lain senang. dengan fizikal yang tak menarik. memang mustahil la nak dapat apa yang disukai.

aku. aku benci bila aku suka seseorang. aku tak suka bila aku suka. ayat aku entah apa2 la. hoho. kesimpulannye. aku dah mula suka tetapi aku tak suka bila diuji begini. aku benci. 

mood aku jadi kacau. ok. aku sudah mengarut entah apa2. cau dulu. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen-komen: