RSS

14 February 2012

2011 Yang Syok

Sepanjang tahun 2011 aku memang habis masa aku secukup-cukupnya kat kampung. sampai aku dah jemu. bermula dengan praktikal 6 bulan. abis praktikal menganggur lebih kurang 4 bulan. then keje kerani sebulan lebih. syok wo duduk rumah sendiri dengan family. bebas. walaupun adalah jugak pertelingkahan adik beradik. biasa je tu. 

time praktikal 6 bulan di Majlis Perbandaran Muar(MPM). kenal dengan Mak Limah, Abg Marisam, Pak Cik Murad, Kak Aini, Kak Nab, Abg Haidir. eh lupa plak bos aku Encik Zul. hehe. best dorang ni. hehe

sebelum aku pergi MPM, mak aku buat air. kadang2 aku tak sempat nak minum. mak cakap. kalau anak2 mak tak makan ,mak yang rasa lapar. mak..rindu mak. hehe..then, kalau pagi2 tak jumpe stokin, jerit2 mana stokin ni? mak sekali cari dah jumpe. sengih aja la aku. haha..

teringat masa aku kat kampung kalau cuti atau Mak Ana pegi sekolah, ariff datang. kalau dia datang mesti dia cakap. "arip datang ni.." haha. comel la kau arip. tapi tak lama ok. kecomelan dia akan hilang bila dia merengek nak susu la. nak tengok kartun kat laptop la. nak gula2 mentos la. haha. layan je walaupun penat. aku suka layan dia. dengki dia...kalau dia mengamuk jangan la usik dia. abis la kau nanti.

tahun 2011 jugak la waktu kesusahan aku nak cari kerja. pergi sana..tak dapat..pergi sini tak dapat. habis duit mak aku. kesian mak...yelah aku mana ada duit sendiri. kalau ada pun.sumbernya adalah emak. tehee. akhirnya hujung bulan 11 aku dapat kerja kerani. aku dah bersyukur sangat dah masa tu. 

masa jadi kerani pun takde la susah sangat. kebetulan tempat kerja dekat dengan rumah ayah. so tiap kali lunch aku ke rumah ayah aku. niatnya nak solat zuhur. yelah tempat kerja aku tu semua cina. bos pun cina. dia tak sediakan surau. maka, selalulah aku ke rumah ayah. memang lama pun aku tak ke rumah ayah sebelum ni.

dalam pada masa aku keje kerani aku terpikir,sampai bila aku nak keje yang tak ada kaitan dengan yang apa aku belajar kan. so aku cari la iklan2 jawatan kosong. syukur awal tahun 2012 aku dapat kerja di KL yang berkaitan dengan apa yang aku belajar. aku bersyukur sangat2. dan pastinya 2012 akan menjadi tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. jauh dari family....sangat mencabar..

kesimpulannya. tahun 2011 ni aku suka sangat..dekat dengan mak. leh tido peluk2 ngan mak, ngan adik, leh usik2 arip, leh timang2 iman, macam2 ada. hehe..sekarang aku kena balik kampung dulu la baru boeh buat semua tu. hehe. ok. hujung bulan ni balik kampung...tehee
rumah atok. 

konvo aku. yeay! rindu semua..

iman..

arip sebelum mengamuk. haha

p/s:entry ini ditaip kerana aku rindu mereka dikampung. sungguh~

1 komen-komen:

mizmizza said...

saya pn rindu kg..huhu