RSS

27 February 2012

Nama Panggilan Di Rumah

haiii!

camne hari ini? best tak? isnin kan...mood pun biasa2 je...hehe

dari pagi aku dok termenung je. tak buat apa. eh tipu... aku tak termenung pun. hehe..

setiap orang mesti ada nama panggilan dirumah kan. mean mak ayah korng panggil korang apa. along?angah?ude?achik?ucu?ke nama sendiri?joyah?hambali? apa je la..

mak ayah aku panggil aku ajie...hanya family and sedara2 mara aku je panggil gitu ye..yang lain tak payah nak panggil camtu gak. then tibe2 aku terbayang kalau aku jadi seorang makcik. nnti anak2 buah aku panggil aku mak aji..haha..dah macam ajinomoto plak. 

kenapa ajie? sebab aku keturunan jawa. so huruf 'z' selalunye akan bertukar kpd 'j'. aku pun biasakan diri aku ajie je kat umah. dah biasa.

penah masa aku sekolah rendah. time tu cuti sekolah. ada kene pegi sekolah. tak ingat sal apa. dulu kalau bukan atok aku yang amik aku kat sekolah, mak aku yang amik. masa tu plak adik aku ikut. dari jauh adik aku nampak aku..dia panggil 'Ajiiiiiii!!!!' sekuat hati. satu sekolah dengar. nasib baik sekolah rendah aku kecik je. hoho. dah kawan2 aku tanye 'eh ajie?' hehe. aku senyum je la masa tu. hoho.

ok itu sahaja. apa nama panggilan kamu2 semua di rumah?

p/s: suka la tengok dia gelak macam tu..eh?apa kene mengena...