RSS
Fix_Left

Kucing Putih

hye all!

semalam tidur lena tak? untuk kesekian kalinya aku tidur macam tak berapa nak lena. sebab aku memikirkan hal2 dunia yang entah apa2. huhu.

semalam aku p Jusco ngan Ila, cousin aku. nak beli barang2 tuk rumah sewa nanti. ala. bantal ngan tilam je pun watak utama. tapi biasala kalau dah shopping. nampak itu, amik. nampak ini, amik. tup2.. masa bayar. nah! terlebih bajet. haha. aku macam nampak bayang2 lagi seminggu aku makan pasir. 

eh bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. aku nak cerita pasal aku dan kucing. kebanyakan family aku dah tahu yang aku tak berapa nak suka kat kucing. memang. rumah atuk aku dulu banyak kucing. rimas aku. sampaikan kalau aku balik sekolah, nak makan nasi. semua berkerumun kat aku. mintak simpati. sambil makan aku membebel je. eii..tak senang betul nak makan. 

lagi satu yang aku tak suka sal kucing.depa ni berak tak tahu nak cuci sendiri. tehe. 

ada satu malam tu aku tidur depan tv. syok2 aku tengok tv. kucing ni main kejar-kejar la plak kat dalam rumah. dia langkah aku. tak lepas. tercakar la kaki aku yang besar tu. apa lagi ngamuk la aku. hey kucing! ko tak ada tempat lain ke nak main ha? sejak itu aku memang lagi la tak suka kucing. jumpe kucing je asik gaduh. kucing nampak aku je. terus cabut. 

tapi, sejak rumah atuk direnovate, semua kucing dah tak ada tempat tinggal. maka berkeliaran la mereka di luar rumah. dan bila rumah atok dah siap. kucing2 semua macam dah tak kenal ngan rumah atok. depa masuk then depa keluar balik. salah rumah barangkali. 

satu hari aku nampak anak kucing tu depan pintu masuk rumah atok. macam tak larat sangat. dok baring. kaku. aku kuis2 sikit pakai kayu. dia ngiyau halus. ok. hidup lagi. aku pun masuk. suh adik aku bawak masuk. sebab aku nak pegang kucing memang tak la. adik aku lupa agaknya. esoknya tengok kucing tu dah mati. T___T . walaupun aku asyik gaduh ngan kucing. tapi bila aku pikir balik. kesiannya kucing tu. kejamnya aku. huhu.

dan semalam. on the way nak p Jusco. ada kucing tengah jalan. menghalang laluan. Ila tak sampai hati. dia suh aku pegi alihkan. dengan rasa yang cuak. aku pegang kucing tu. dalam fikiran aku kalau aku pegang kucing. nanti dia akan cakar aku balik. aku memang fobia sejak kena cakar ngan kucing. then aku pegang la jugak kucing tu bawak ke tepi. untuk tak nak menampakkan aku ni takut kat kucing. aku control macho.dan hey. kucing tu baik la. dia tak cakar. anak kucing putih. comel. dan aku berjanji aku akan sayang kucing! tapi aku tetap tak boleh pegang kucing. masih dalam trauma kena cakar. tehee

p/s: orang kata kalau kita suka kucing. kita penyayang. ok aku tak penyayang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen-komen:

mizmizza said...

jadi nya saya pun xpenyayang la nie..hehe

aziati said...

hehe. jom kita sayang menyayang kucing!