RSS

20 July 2010

Selepas Kenduri Rumah Atuk

semalam kenduri rumah atuk. ramai orang datang. kat kampung aku. memang setiap bulan rejab dan syaaban ada kenduri arwah. setiap rumah ada kenduri. selalunye sabtu dan ahad memang orang rebut nak buat kenduri. yelah kan, time tu la semua orang cuti. sedara mara pun leh datang tolong2 apa yang patut.

masa atuk mintak beli barang aku tak bajet la nak hujan. jadi aku pun pergi kedai dengan menunggang motor je. tibe2 on the way hujan. aku pergi kedai pun abis basah lencun. dah la aku bawah arip. kesian arip. basah lencun dia. aku cakap kat dia. "arip dah basah lencun" dia pun cakap. "cah con". hohoho. 

kerja aku masa nga rewang2 tu adalah pergi kedai. ada lah dalam 3kali gak aku ulang alik ke kedai. hohoho. tapi sebelum tu. pagi2 aku dah kemas2 rumah atuk yang kat depan tu. sapu2.mop2.angkat kerusi ke luar. ceh. nak tunjuk rajen la plak aku nih. hoho. sambil dok melayan si kecik. arip. hoho. nasib ada farhan dan firdaus. dorang la yang layan si kecik tu. hoho. 

bosan2 aku pergi kat iman. cium2 sikit. pas tu tengok tv sampai tido. ngeh3. orang lain sibuk2 kat dapur aku bantai tido. ala ramai je ada kat dapur. aku ke dapur untuk makan je. ngeh3. 

teringat nasi ambeng la pulak. nak makan la. lapo. hehe. 

malam tu hujan jugak. tapi orang tetap ramai yang datang. sejuk. time orang ngah tahlil. aku plak bantai makan nasi ambeng kat dapur. yang perempuan semua dok dapur. jaga makanan dalam dulang. takut kucing datang ngap. sambil jaga. ceduk2 la lauk dan nasi. tak kacau pun yang nak bagi kat orang tu la. ambil sendiri kat dapur. hehe. siap ada petai. hohoho. ratah petai macam tu je ngan nasi. peh.. tibe2 rase lapor yang amat. hohoo.

lepas abis tahlil semua orang makan. dah siap makan balik. dan semua orang sedara mara pun balik. senyap dah rumah atuk. huhu. aku pun balik umah jugak. dekat je kot umah nye. ngeh3. esoknye datang balik umah atuk. then terus balik ke melaka. hoho. 

baru je balik melaka. dah rasa macam nak balik kampung semula. nak nasi ambeng. ngeh3. hari jumaat ni balik kampung lagi. kih3..

0 komen-komen: