RSS
Fix_Left

I Give My First Love To You

aku baru habis tengok cerita jepun tajuk I Give My First Love To You. sedih la cite ni. T___T mana ada aku nangis. aku steady je beb. tersentuh la sikit. cite ni mengisahkan budak nama Takuma ni sakit dari kecik. hidup dia tak lama. sampai umur 20 tahun je paling lama. masa kecik2 dia kawan ngan sorang budak pompuan ni,Mayu. kire dari kecik ni dorang dah rapat la. impian si Takuma nak jadi angkasawan dan nak kawin ngan Mayu. sampai la dorang ni sekolah. tak berpisah langsung. banyak la adegan yang romantik dalam cite ni. so sweet la kapel dua orang ni. ayah si Mayu ni doktor yang merawat Takuma. satu hari ada budak lelaki dengki. simbah air kat Mayu. Mayu ni pulak pakai baju putih pulak masa tu. nampak la bra pink dia. ops. open sangat ek aku cite? ngeee. pas tu Takuma datang selamatkan Mayu. Takuma jeles sebab budak lelaki tu dah nampak dulu sebelum dia nampak. sebab Takuma nak jadi orang pertama. then si Mayu offer la untuk tengok semua. hoho. tibe Takuma sakit jantung lak. budak heart attack. sebab dia rasa jantung dia berdegup laju. Mayu pun tak jadi la nak tunjukkan segalanya2.hahaha. sebab dia takut Takuma mati. Mayu sangat2 sayangkan Takuma. agak keterlaluan sikit cite aku ek. hoho. sweetkan dorang. ngeee. 

dan satu masa yang lain pulak. Takuma tak nak tengok Mayu sedih. dia nak break up dengan Mayu dengan cara yang semula jadi. jadi dia mohon sekolah Shido High School. kira dia dah abis la skolah yang satu lagi tu.aku pun tak paham sangat sistem sekolah orang jepun ni. dia bajet Mayu tak dapat la. tibe2 masa pengumuman pelajar yang paling tinggi markah kat Shido tu adalah Mayu. terkejut si Takuma. ngeh3. so. memang tak kan berpisah la dorang. Takuma memang sayang sangat kat Mayu. cume dia tak nak Mayu sedih lepas dia mati nanti. sebab tu dia macam nak ngelak dari Mayu. 

ada sorang mamat ni minat kat Mayu jugak. nama dia Kou. Kou hasut si Takuma, lau dia mati mesti si Mayu sedih sangat. jadi Kou ni nak kat si Mayu la. Takuma senyap je. dia pun dalam delima. satu hari ada sorang minah entah dari mana entah. nama dia Teru. Teru pun sakit sama macam si Takuma. tak lama je jangka hayat hidup dia. entah kenapa tibe2 Takuma n Mayu gaduh2 then masing2 putus. esoknye, Takuma pergi jumpa Teru, katil Teru kosong. Teru dan mati. Takuma balik semula ke sekolah. dia cakap ngan Kou. nak lumbe lari. padahal Takuma ni xleh wat aktiviti lasak. dia tak boleh lari. entah kenapa mase tu dia nak lumbe lari ngan Kou. dorang wat perjanjian. lau Kou menang dia boleh dapatkan Mayu. then lau Takuma menang,Kou tak boleh kacau Mayu lagi. untuk pengetahuan, Mayu memang tak nak pun kat Kou. walaupun Kou ni menjadi kegilaan ramai minah2 kat sekolah tu.  akhirnya Takuma menang. and Takuma datang kat tingkap hostel Mayu. pujuk balik la. ngee. adalag adegan yang 18 sx. dorang kiss. hoho. bahagia la depa dua orang ni. 

tibe2 dapat berita bahawasanye, ada penderma hati nak derma kat Takuma. gembira lah si Takuma. bila dia dapat tau yang pederma tu adalah Kou. dia pun rasa tak sedap hati. tibe2 mak si Kou tak benarkan pulak pembedahan tu. maka, tak jadi la nak derma hati. maka kecewa la. 

tibe2 lagi, Takuma di serang sakit jantung. bawak p hospital, dia tak sedarkan diri, doktor merangkap ayah kepada si Mayu ni cakap. kemungkinan besar ini adalah saat terakhir untuk bersama Takuma. suasana sedih. Takuma dalam tak sedar diri tu dia berharap dapat bagi masa la di hidup sekejap. dengan keajaiban yang datang. dia dapat la sedarkan diri. esoknye dia terus ajak Mayu honeymoon. berjalan sana. berjalan sini.  memang happy la dorang ni. Takuma bagi surat kat Mayu. then dorang balik hospital. kat hospital Takuma sakit balik dan dia pun mati. sedih. T_______T 

Mayu bukak surat tu. Takuma wish. jika dia sudah mati. dia tak nak semua orang yang dia sayang sedih. dia nak semua orang hidup gembira. wuuu. sedihnye....

tengok lah cite ni. ngee. memamng best walaupun hero mati. tapi tetap best.ngeee.


boleh tengok cerita ni kat Youtube atau pun www.mysoju.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen-komen:

neena's blog said...

k0 nih...abes 1 m0vie k0 cter...aku da tgk byk kali...xpenah lg b0san..antara japan m0vie yg da best la...mamat 2 da la cute...mati lak 2...sbb 2 aku tgk byk kali...sian die.hahaa

Aziati Zolman said...

hohoho...iyolah...