RSS
Fix_Left

Hoi2! Aku Ada Balik...Ngeeee

sekadar gambar hiasan.sape kenal gambar ni. bg komen. ngee
ape la ek..main hoi2 je plak. haha. saje je. konon2 nak buat ganas2 la. padahal aku la wanita yang paling sopan sekali..ngeee...(lari....!takut kene baling selipar)..aku baru nak aktif balik kat blog ni setelah seminggu aku seperti kelam kabut. ngee. yelah. mana tak nye. habis2 majlis ari tu. aku terus balik kampung. kampung mana ada internet. tapi kat kampung syok wo. macam2 buah ada. walaupun rumah atuk aku hanya ada pokok nangka dan manggis. ngee. ala manggis pun segan2 je nak buah. huh!. balik2 je. makan durian. 'cina panjang' yang bagi. ngee. satu guni jugak la. then esoknye. makan nangka. nangka depan rumah atuk aku. sampai sebu perut aku makan. ngee. pas tu esoknye. adik aku bawak seplastik rambutan. cukup la buat perut aku kembung. ngee. malam tu pulak adik aku yang lagi sorang bawak manggis satu plastik merah tu. wahaha. memang minggu makan buah je la. pulak tu aku beli jagung rebus pulak. ngee. ape lagi sampai dua batang jagung aku makan. sememangnya sorang satu je. sebab tak cukup. disebabkan aku tamak. aku makan dua. hahaha. then esoknye ada nangka lagi yang masak kat pokok. dua biji lak tu. hahaha. aku kopek2. makan. lagi best ramai yang datang umah atuk aku masa tu. kenduri nangka la. ngee. ari ni aku masak asam pedas. ngee. ok. aku cume kopek bawang ngan  blander lada. tapi mula2 memang aku yang nak masak. pas tu atuk aku datang. dia yang masak. aku biar je la. maybe atuk aku masih tak percaya aku masak. ngee. tak pe. aku dah tau camne cara atuk aku masak. wey2. atuk aku masak sedap wo. asam pedas dia kaw2. pas ni aku masak sendiri. atuk pulak makan ek. ngee. ape ni cerita pasal masak. tapi satu gambo pun tak der. ala. tak payah la gambar. nanti terliur pulak. ngee. (sebenarnye tak sempat nak ambil gambar dah habis dah.)ngeee. haiyo. dok mengomel2 ni. macam lapor la pulak. haish. sejak akhir2 ni macam malas nak blog walking. tapi malas2 pun tengok jugak. ngeee. mesti. aku kena balas sape yang lawat blog aku yang agak cute ni. ngeh3. perasan bagus je.  woi. aku nak rehat jap la ek. nanti malam2 sikit aku tengok blog2 korang tau. eh bahasa aku kasar sangat ke ek? sowi la. aku ni kadang2 kasar. kadang2 sopan. tapi aku sebenarnye baik. erk. ada ke orang baik mengaku baik. ngeee. apa2 je la kan. ok bagi aku rehat untuk menenangkan fikiran yang tak kusut ni. tapi rambut yang kusut. camne nih? ngeee.

ini nangka dari depan rumah atuk. ngee


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen-komen: