RSS

07 June 2010

Pernah Baca Karangan Ini?

belek emel. jumpa satu emel yang kelakar. lalu aku post ke sini. dulu2 penah juga baca karangan ini. kelakar. dengan rasa tak malunya aku pun post disini. eh bape kali aku nak ulang mende yang sama ni la? sila la baca.
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya kepasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas  emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan  sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.  Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori  tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu  lori itu nampak kami mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu sama dgn kelajuan cahaya. Kami pulaterpaksa mengejar dengan lebih laju  iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori  itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah  feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.  Pemandu lori 

menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak  puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia  melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu  terkejut dan terus bertukar  menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri  itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan  tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan  pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya enghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke  tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak  saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang  kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.   Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang  ramai terperanjat dan semuanya mati.  Selepas itu  emak saya mengajak saya ke  pasar untuk mengelak lebih ramai lagi  yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.  Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

2 komen-komen:

Anonymous said...

salam ziarah ye..saya folow awak..kalau ada kesempatan folow balik ye http://www.kachipemas.blogspot.com/

Aziati Zolman said...

terima kasih follow blog saya...hehehe..dah follow blog awak...